Ramallah: Seorang menteri Israel semalam mengesahkan rejim itu perlu membina Kuil Kedua di atas sisa keruntuhan Kompleks Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis.
Akhbar Israel, Ma’ariv memetik Menteri Perumahan rejim Zionis Uri Ariel dari parti pelampau Habayit Hayehudi sebagai berkata: “Kita sudah membina begitu banyak bangunan, termasuk banyak kuil kecil. Apa yang kita perlukan sekarang bukan kuil yang kelihatan seperti kuil. Kita memerlukan kuil sebenar. Kuil Kedua (Kompleks Masjid Al-Aqsa atau Al Haram al-Sharif),” kata Ariel pada satu persidangan di Shilo, penempatan Yahudi di utara Ramallah di Tebing Barat.
Mengulas usaha Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry menyambung semula rundingan damai antara Israel dan Palestin, dia berkata: “Ada orang berpendapat dua negara untuk dua bangsa akan mewujudkan penyelesaian berkekalan. Tetapi bagi saya ia hanya kisah dongeng. Antara Sungai Jordan dengan Laut Mediterranean hanya ada satu negara - iaitu Israel.” - Agensi
No comments:
Post a Comment