BAITULMUQADDIS – Israel meluluskan 560 kediaman baharu untuk peneroka haram Yahudi di Maale Adumim, Tebing Barat, kata seorang jurucakapnya semalam.
Jurucakap itu yang merupakan datuk bandar Adumim mengesahkan keputusan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahan, Avigdor Lieberman membenarkan pembinaan penempatan haram itu di Baitulmuqaddis Timur.
Keputusan mengenainya menyusul selepas pemimpin-pemimpin Israel menggesa tindakan lebih keras diambil berhubung serangan Palestin terhadap penduduk Israel sejak beberapa hari lalu.
Menurut laporan media, Netanyahu juga memberikan kelulusan pembinaan 240 kediaman baharu di beberapa penempatan haram Yahudi di Baitulmuqaddis Timur selain 600 unit rumah penduduk Palestin di daerah Beit Safafa.
Serangan terbaru itu termasuk remaja Israel-Amerika Syarikat, Halle Yaffa Ariel, 13, yang mati ditikam di penempatan Kiryat Arba, pinggir bandar Hebron di Tebing Barat.
Remaja perempuan itu ditikam oleh seorang remaja Palestin berusia 19 tahun. Penyerang kemudian ditembak mati oleh seorang pengawal keselamatan.
Sehari selepas serangan pada Khamis lalu itu, seorang lelaki Israel berumur 48 tahun, Michael Mark dibunuh selepas keretanya ditembak oleh seorang penduduk Palestin di selatan Hebron. – AFP
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0705&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz4DTsiLsj0
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment