Wednesday 20 July 2016

Israel pintas dron dari Syria | Dunia | Berita Harian

Israel pintas dron dari Syria | Dunia | Berita Harian:





 "TEL AVIV: Dron yang terbang dari Syria berjaya mengelakkan dua pemintas anti-udara Patriot dan peluru berpandu F-16 milik Israel ketika menceroboh ruang udara rejim itu.

Jurucakap tentera Israel mendakwa, tentera udaranya mengesan dron berkenaan sebelum ia menceroboh ruang udara di Golan Height.



 Israel yang mengeluarkan kenyataan pada 17 Julai berkata, kenderaan itu dikesan namun tiga cubaan memintasnya gagal.

"Kehadiran pesawat itu disedari sebelum memasuki ruang udara Israel dan dikesan sepenuhnya oleh Tentera Udara Israel.



 "Berdasarkan siasatan awal, tiga cubaan memintas dibuat namun gagal," menurut kenyataan.

"Peristiwa hari ini menjadi petunjuk kejadian akan berlaku jika terjadi konflik besar," kata penyelidik di Institutu Kajian Udara dan Ruang Angkasa Strategik Fisher, Tal Inbar.



 Katanya, kejadian itu menunjukkan ruang udang Israel tidak selamat seperti disangka tentera.

"Jika berlaku konflik, sistem pertahanan paling maju sekalipun berhadapan cabaran besar untuk membezakan semua jenis kenderaan yang memenuhi langit.



 "Apabila ruang udara dipenuhi roket, peluru berpandu dan ancaman udara, dan apabila pemintas Iron Dome dan David's Sling turut dilancarkan, sukar membayangkan Tentera Udara Israel mengerah pesawat dipandu juruterbang untuk menembak jatuh dron," katanya. - AGENSI"



'via Blog this'

No comments:

Post a Comment