Thursday 21 November 2013

Berita | Palestin Hari Ini



1. Tentera laut Israel menembak beberapa orang Palestin yang sedang menangkap ikan berdekatan dengan kawasan pantai Gaza dan telah mengakibatkan kerosakan tetapi tiada kecederaan.

Saksi berkata, nelayan-nelayan terpaksa kembali ke tebing kerana ditakuti akan diserang lagi.

Nelayan Palestin di Gaza sering menjadi mangsa serangan oleh Tentera Israel walaupun mereka berada dalam jarak 6 batu seperti yang telah ditetapkan oleh mereka. Serangan itu telah menyebabkan beberapa kecederaan, tangkapan dan kerosakan pada kapal mereka.

2. Tentera Israel menceroboh masuk di Timur Khanyounis di Selatan Semenanjung Gaza melalui Sarig, pada hari selasa pagi.

Saksi melaporkan bahawa terdapat 6 jentolak milik Israel memasuki kawasan operasi di Bawabet al-Majhoul. 3 orang dari pasukan al-Qassab dibunuh dan 4 orang dari tentera Israel cedera.

3. Pasukan Israel telah mencederakan 17 penduduk awam dalam bantahan aman yang dilakukan setiap minggu pada hari Jumaat lepas.

Tentera Israel telah menembak dan mencederakan 17 orang penduduk awam dengan peluru yang dikatakan tidak berbahaya. Antara yang tercedera adalah kanak-kanak dan wartawan yang hadir ketika protest yang dibuat oleh beberapa komuniti di Tebing barat. [Ph]

sumber: occupiedpalestine, imemc
penterjemah: aktivis madihah
# aqsasyarif
 

No comments:

Post a Comment