Friday 4 July 2014

Keganasan memuncak


2014/07/04 - 01:21:05
Foto
Kepulan asap selepas serangan udara Israel di Bandar Gaza, semalam.
Foto


Baitulmaqdis: Keganasan meletus di bandar raya ini apabila belia Palestin bertempur dengan polis Israel berikutan penculikan dan pembunuhan remaja Palestin dalam kes balas dendam, yang mengundang masyarakat antarabangsa meminta supaya semua pihak bertenang.

Beratus penduduk Palestin yang memakai topeng semalam membaling batu ke arah pasukan pencegah rusuhan Israel, yang bertindak balas dengan membedil peluru getah, gas pemedih mata dan bom bunyi. Pertempuran berterusan sehingga malam.

Pertempuran di kawasan tempat tinggal remaja Palestin itu, Shufat, menyebabkan 65 cedera, tiga disebabkan peluru hidup, manakala 35 lagi berikutan bedilan peluru getah, termasuk enam wartawan, menurut Bulan Sabit Merah.

Tindakan kejam

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengutuk pembunuhan keji remaja lelaki Palestin berusia 16 tahun, yang kematiannya berlaku selepas tiga belia Israel dibunuh di Tebing Barat.

Netanyahu menggesa kedua-dua pihak tidak bertindak sendiri.

Keluarga salah seorang remaja Israel, yang masih berkabung, berkata pembunuhan balas dendam itu tindakan kejam.

No comments:

Post a Comment