Friday 6 May 2016

Israel serang empat kedudukan Hamas di Gaza


Askar dan kereta kebal rejim Zionis berkawal di kawasan sempadan Israel dan Gaza dekat bandar Nahal Oz kelmarin. - AFP


BAITULMUQADDIS – Serangan udara Israel mengenai empat kawasan Hamas di Gaza, kata tentera rejim Zionis semalam selepas beberapa serangan serupa mencetuskan ketegangan yang kian meruncing di sempadan wilayah Palestin itu.
Keganasan rentas sempadan yang meningkat itu menimbulkan kebimbangan bahawa gencatan senjata terakhir di Gaza pada musim panas 2014 tidak akan mampu bertahan.
“Sebagai tindak balas kepada serang­an berterusan ke atas tentera Israel, sebuah pesawat kami me­­nyerang kawasan infrastruktur pejuang Hamas di utara Genting Gaza,” kata tentera Yahudi dalam satu kenyataan.
Tentera Israel tidak menyebut tentang mangsa yang maut atau cedera dalam serangan itu.
Rejim Zionis turut membedil lima lagi kawasan Hamas di selatan Gaza awal kelmarin dengan alasan membalas serangan bom mortar ke wilayah Israel.
Siri serangan udara rejim Zionis itu mengenai sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Gaza yang terbiar berbekatan bandar Rafah di selatan Pa­lestin dan kawasan pertanian di sekitarnya.
Kereta kebal-kereta kebal Israel turut membedil Gaza sekurang-kurangnya dua kali kelmarin, sementara askarnya menubuhkan zon tentera di sekeliling bandar sempadan Nahal Oz.
Tiada laporan tentang jumlah mangsa yang terbunuh atau cedera dalam serangan itu, manakala tiada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan serangan mortar tersebut ke dalam wilayah Israel.
Sayap bersenjata Hamas, Briged Ezzedine al-Qassem berkata, pihak­nya telah bersedia untuk memberi tindak balas terhadap serangan Israel tersebut. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0506&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz47pJTuKM7 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment