Penduduk menguruskan 18 jenazah selepas kediaman mereka dibedil Israel, awal pagi semalam. - Foto AFP |
GAZA - Dua lagi kematian dicatatkan pada hari ketujuh dalam serangan Israel ke atas Gaza menjadikan jumlah keseluruhan 172 orang.
Jurucakap perkhidmatan kecemasan Ashraf al-Qudra berkata, mangsa seorang lelaki berusia 65 tahun dari Deir el-Balah dan seorang lagi berusia 20-an di Rafah berdekatan sempadan Mesir maut akibat terkena serangan udara Israel pada Ahad.
“Tidak lama selepas itu, sebuah rumah menjadi sasaran di bandar utara Jabaliya membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia 14 tahun.
Selepas, satu lagi serangan membunuh seorang wanita di kem pelarian Maghazi di tengah Gaza,” katanya, dipetik dari laporan AFP.
Menurutnya, seramai 1,230 yang lain mengalami kecederaan.
Saksi di Rafah melaporkan, dia terlihat lelaki bersenjata membunuh orang awam di jalan raya.
Namun, sehingga kini, identiti lelaki tersebut belum disahkan.
Menurut pegawai Israel, sepanjang Operasi Perlindungan Sempadan sejak Selasa lalu, kira-kira 715 roket telah menyerang Israel, manakala 160 lagi telah dipintas oleh Iron Dome sistem pertahanan udara.
“Jumlah keseluruhan adalah 1,320 serangan ke atas keganasan dilakukan di Gaza termasuk 735 pelancar roket, 64 pangkalan latihan dan kawasan militan serta 32 kemudahan Hamas dibedil,” katanya.

No comments:
Post a Comment