Tuesday 15 July 2014

Israel teruskan keganasan


Baitulmaqdis: Israel meneruskan serangan kejam ke atas Gaza namun masih belum menjalankan operasi darat atas desakan ramai pemimpin dunia yang mahu gencatan senjata diadakan.

Negara Liga Arab akan mengadakan sidang tergempar berhubung serangan berkenaan bagi membincangkan serangan itu bagi mencari kata sepakat bagi membantu menghentikan pertumpahan darah di Gaza.


Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon mendesak Israel menghentikan rancangan melancarkan serangan darat dengan berkata sudah terlalu ramai rakyat Palestin yang terbunuh.

Namun di sebalik persiapan untuk sebarang kemungkinan operasi darat, negara Yahudi itu dilihat masih berkira-kira untuk menjalankan operasi itu dengan laporan media menyebut menteri yang menghadiri mesyuarat kabinet keselamatan kelmarin memutuskan untuk menangguhkan tindakan itu.


Dalam keganasan semalam, pesawat Israel mengebom lebih 40 kawasan menyebabkan dua terbunuh sementara dan artileri membedil kawasan di utara wilayah Palestin itu.


Mereka sebelum ini menggugurkan risalah mengarah penduduk kawasan itu meninggalkan kediaman masing-masing.

Dalam tempoh 24 jam lalu, lebih 17,000 rakyat Palestin yang kebanyakannya dari utara Gaza memenuhi sebuah sekolah yang dijadikan pusat perlindungan pelarian oleh PBB.

Seorang pelarian berusia 27 daripada Beit Lahiya berkata mereka berasa lebih selamat berada di situ.

“Walaupun bekalan air dan makanan yang sedikit serta keadaan yang memaksa kami tidur di lantai, kami merasa lebih selamat di sini,” katanya. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/15

No comments:

Post a Comment