Gambar fail menunjukkan tunjuk perasaan membantah kekejaman rejim Zionis di hadapan kedutaan Israel di Athens.
Gambar fail menunjukkan tunjuk perasaan membantah kekejaman rejim Zionis di hadapan kedutaan Israel di Athens.
ATHENS - GREECE. Polis Greece sedang menyiasat insiden serangan tembakan rambang terhadap bangunan kedutaan Israel di ibu negara, Athens, tetapi tiada kecederaan dilaporkan.

Pihak berkuasa memaklumkan, serangan berlaku pada waktu subuh semalam dipercayai didalangi oleh dua penyerang bermotosikal.

Akibat insiden itu, polis menutup lebuh raya di luar kedutaan dan menjumpai sekurang-kurangnya 20 kelongsong peluru berhampiran tempat kejadian dipetik laporan Press TV.

Menurut polis, bukti awal menunjukkan penyerang menggunakan senapang jenis Kalashinkov.

Sehingga kini, tiada individu atau kumpulan tampil mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan tersebut.

Serangan berlaku dua hari selepas Menteri Palestin, Ziad Abu Ein meninggal dunia akibat keganasan tentera Israel di luar hospital Ramallah, Tebing Barat.