Monday, 15 December 2014

Degilnya Netanyahu

Baitulmaqdis
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, dia akan menolak sebarang langkah menetapkan tarikh bagi pengunduran pihaknya dari kawasan Palestin apabila usul itu dikemukakan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Kata Netanyahu, pendirian itu akan disampaikannya sendiri kepada Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry, apabila mereka bertemu di Rome hari ini.
Pertemuan itu diadakan bagi membincangkan pelbagai isu bagi penyelesaian konflik Palestin yang akan diedarkan di PBB.
Esok, Kerry dijadual bersemuka pula dengan ketua perunding Palestin, Saeb Erekat serta gelegasi menteri luar negara Arab di London.
Kata Netanyahu, dia akan memaklumkan pendirian rejim Zionis itu kepada AS dan Arab sebagai langkah “menentang ekstremisme Islam di Timur Tengah.”
“Israel kini berdepan kemungkinan menghadai serangan diplomatik, seperti desakan supaya berundur dari wilayah Palestin dalam tempoh dua tahun,” katanya kepada menteri Kabinetnya semalam.
Menurut Netanyahu, Israel mahu mengelak elemen Islam radikal menghampiri sempadannya serta Baitulmaqdis.
“Sebarang penetapan tarikh akan ditolak sekeras-kerasnya,” katanya.
Rundingan mencari damai di Palestin yang diusahakan AS terhentu April lalu.
Sejak itu Palestin membuat beberapa cubaan bagi mendapatkan pengiktirafan negara dari PBB di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.
Baitulmaqdis Timur dicadangkan sebagai ibu negara.
Bulan lalu Jordan mengedarkan resolusi kepada Majlis Keselamatan PBB supaya penjajahan Israel sejak 1967 ditamatkan menjelang November 2016.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Disember 2014 @ 5:07 AM


PENYELAM Briged Ezzedine al-Qassam Brigades menyertai perarakan memperingati penubuhan gerakan Hamas di Gaza City semalam. Pertubuhan pejuang Palestin itu ditubuhkan 27 tahun lalu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/16310#sthash.vgD4TvUu.dpuf

No comments:

Post a Comment