Pihak berkuasa Israel merobobohkan kedai milik penduduk Palestin yang dibina di kem pelarian Shuafat di Baitulmaqdis Timur. |
Menurut Press TV, Timbalan Ketua Pesuruhjayanya, Margot Ellis berkata, penilaian itu dibuat berdasarkan penderitaan berterusan penduduk Palestin akibat sekatan haram dan penindasan rejim Zionis.
Susulan itu, UNRWA bertindak melancarkan tabung rayuan bagi mengumpulkan dana sebanyak AS$414 juta (RM1.4 bilion) untuk disalurkan kepada penduduk Palestin.
"Bantuan kecemasan diberikan oleh UNRWA dan agensi PBB lain menjadi talian hayat kepada penduduk Palestin yang kini berdepan krisis kemanusiaan terburuk akibat perang selama 50 hari pada Julai lalu.
Sementara itu, Ketua Perunding Palestin, Saeb Erakat mengutuk rancangan jahat Israel untuk mengusir penduduk Palestin yang tinggal di Baitulmaqdis.
"Tindakan itu sememangnya melanggar undang-undang dan ia jelas menunjukkan dasar rejim Zionis untuk melakukan pembersihan etnik, sekali gus merampas kota lama tersebut," jelasnya.
No comments:
Post a Comment