Friday, 12 December 2014

PBB desak siasat kematian Ziad


Reuters - GAMBAR menunjukkan Ziad (kiri) dicekik oleh seorang anggota polis Israel dalam satu bantahan di Ramallah di Tebing Barat kelmarin.


WASHINGTON – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon kelmarin mendesak Israel supaya segera menyiasat kematian seorang pegawai kanan Palestin, Ziad Abu Ein yang terbunuh selepas dipukul tentera Yahudi.
Ki-moon berkata, beliau berasa amat sedih dengan kematian Ziad yang dipukul di dada oleh tentera Israel ketika menyertai satu bantahan di Tebing Barat kelmarin.
Menurut jurucakap PBB, Stephane Dujarric, Ki-moon menggesa pihak berkuasa Israel menjalankan siasatan dengan segera dan adil terhadap pembunuhan kejam tersebut.
Katanya, pihak Palestin dan Israel didesak mengawal situasi di wilayah itu bagi mengelakkan keadaan bertambah buruk.
Ziad yang dilantik sebagai ketua oleh pihak berkuasa Palestin di penempatan haram Yahudi di Tebing Barat meninggal dunia ketika dirawat di sebuah hospital di Ramallah.
Seorang pegawai keselamatan Palestin memberitahu agensi berita AFP, tentera Israel memukul Ziad dengan senapang dan topi keledar ketika beliau menyertai satu bantahan berhampiran sebuah perkampungan di Turmus Ayya.
Kejadian tersebut berlaku ketika kebimbangan semakin meningkat di PBB berhubung keganasan berterusan di wilayah berkenaan dan proses rundingan damai yang masih tertangguh.
Ki-moon beberapa kali merayu para pemimpin Palestin dan Israel untuk kembali ke meja rundingan dan memberi amaran penangguhan proses berkenaan boleh meningkatkan lagi ketegangan. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1212&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3LdWGno9k 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment