Baitulmaqdis: Polis Israel bertempur dengan ratusan penunjuk perasaan di bandar ini semalam ketika jenazah remaja Palestin yang dipercayai dibunuh pelampau Yahudi dibawa untuk dikebumikan di kampung halamannya.
Jenazah remaja berkenaan disambut ribuan rakyat Palestin yang mengibarkan bendera ketika tiba bersama ambulans di masjid sebelum dikebumikan tengahari semalam.
Israel sebelum itu meningkatkan kawalan keselamatan di dalam dan di sekitar Baitulmaqdis.
Langkah berjaga-jaga diambil memandangkan pengebumian berlangsung itu juga berlangsung pada Jumaat pertama bulan Ramadan.
Jurucakap polis, Micky Rosenfeld berkata, pertempuran membabitkan polis dan ratusan rakyat Palestin berlaku di Ras al-Amud dan Wadi Joz di selatan Baitulmaqdis.
Keadaan berjaya dikawal sebelum solat Jumaat selepas dua hari tunjuk perasaan berlangsung mengecam pembunuhan remaja itu.
Mayat Mohammed Abu Khdeir, 16, yang rentung ditemui Rabu lalu di kawasan hutan selepas dia diculik dari kediamannya di timur Baitulmaqdis.
Berita kematiannya menggemparkan dan mencetuskan kemarahan penduduk Shuafat menyebabkan pertempuran berlaku antara penduduk dengan polis Israel.
Keluarga mangsa mendirikan khemah besar di perkarangan kediaman mereka untuk orang ramai memberi penghormatan terakhir kepada mangsa.
Bapa mangsa, Hussein berkata, doktor selesai melakukan bedah siasat pada petang kelmarin dan jenazah dihantar ke rumah selepas solat Jumaat.
Perdana Menteri Israel cuba menenangkan keadaan dan mengecam pembunuhan itu serta berjanji menjejaki mencari orang yang bertanggungjawab.
“Motif dan identiti pelaku masih belum dikenal pasti tapi kami akan terus mencuba.
“Penjenayah yang bertanggungjawab akan dibawa ke muka pengadilan tidak kira siapapun yang melakukannya,” katanya kepada wartawan, semalam.-AP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/05
No comments:
Post a Comment