Saturday 5 July 2014

Polis Israel bertempur dengan penduduk Palestin


2014/07/05 - 01:11:39
Baitulmaqdis: Polis Israel bertempur dengan beratus-ratus penunjuk perasaan Palestin di Baitulmaqdis semalam ketika seorang remaja Arab Palestin yang dikatakan dibunuh pelampau Israel, dibawa ke kampung halamannya untuk dikebumikan.

Beribu-ribu orang melaungkan dan mengibarkan bendera Palestin mengiringi jenazah yang tiba dengan ambulans di masjid sebelum dikebumikan petang semalam. Mereka yang berkabung mengusung jenazah melalui lautan manusia yang bersesak.

Polis sebelum ini telah meningkatkan kawalan keselamatan di dalam dan sekitar Baitulmaqdis.

Langkah berjaga-jaga tambahan telah diambil memandangkan pengebumian kebetulan bertembung dengan solat Jumaat pertama di bulan Ramadan. 

No comments:

Post a Comment