Wednesday 5 November 2014

Halang pembunuh Israel bebas penjara


Baitulmaqdis: Parlimen Israel semalam meluluskan undang-undang bertujuan mengehadkan amalan membebaskan pesalah Palestin yang didapati bersalah membunuh rakyat Israel untuk meningkatkan usaha damai.
“Mereka perlu mati di dalam penjara,” kata Menteri Ekonomi, Naftali Bennett dari Parti Yahudi semalam selepas Parlimen mengundi 35-15 untuk meluluskan undang-undang berkenaan.
Parti itu yang bertanggungjawab mengusulkan rang undang-undang itu.
Penduduk Palestin menganggap mereka yang yang dipenjara oleh Israel sebagai wira dalam kempen menuntut kemerdekaan di wilayah Tebing Barat, Baituilmaqdis Timur dan Semenanjung Gaza.
Pelampau Yahudi dan anggota keluarga mereka yang terbunuh dalam serangan Palestin sebelum ini mengecam rejim itu kerana membebaskan pesalah warga Palestin yang terbabit dalam pembunuhan berkenaan.
Ketua Kelab Tahanan Palestin, Qadoura Fares, yang mewakili kumpulan utama rakyat Palestin di penjara Israel, menyifatkan undang-undang itu ‘rasis.’
Katanya, Israel tidak boleh elak daripada membebaskan tahanan berkenaan kerana ia perlu dilakukan untuk pertukaran tahanan atau untuk memulakan rundingan damai. - AP
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 November 2014 @ 5:02 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/6563#sthash.3hSEgaS6.dpuf

No comments:

Post a Comment