Baitulmaqdis: Seorang anggota tentera Israel maut ditikam remaja Palestin ketika mereka berada dalam sebuah bas di utara negara haram itu, kata polis.
Jurucakap polis Micky Rosenfeld berkata tentera terbabit ditikam di atas bas berhampiran stesen Afula.
Katanya, tentera itu mati di hospital akibat kecederaan parah.
Menurut Rosenfeld, remaja Palestin berusia 16 tahun yang berasal dari Jenin di utara Tebing Barat itu ditahan oleh penumpang dan anggota polis.
“Kami menganggap insiden ini sebagai serangan pengganas yang didorong oleh semangat nasionalisme,” katanya.
Menurut polis, remaja itu tidak memiliki permit untuk berada di wilayah Israel.
Saksi berkata, remaja terbabit menaiki bas yang dalam perjalanan ke Nazareth-Afula dan melakukan serangan sebaik ia tiba di destinasi.
Radio tentera memetik remaja Palestin itu sebagai berkata, dia menikam anggota tentera terbabit kerana beberapa bapa saudaranya ditahan di penjara Israel. - AFP
No comments:
Post a Comment