Saturday 21 November 2015

Israel lanjut penahanan rakyat Palestin

Israel lanjut penahanan rakyat Palestin
Israel menahan sewenang-wenangnya rakyat Palestin tanpa mengikut lunas undang-undang.
21 NOVEMBER 2015
 TEBING BARAT - PALESTIN . Persatuan Tahanan Palestin (PPS) mendakwa rejim Zionis telah melanjutkan tempoh penahanan 90 rakyat Palestin termasuk beberapa kanak-kanak di penjara Israel atas tuduhan yang tidak diketahui.
PPS berkata, tempoh lanjutan itu mendapat perintah daripada mahkamah Israel.
Ia kononnya bagi membolehkan pihak rejim melakukan soal siasat selain melengkapkan prosedur undang-undang terhadap tahanan terbabit.
"Tentera Israel telah menahan 416 rakyat Palestin dalam tempoh 12 hari pertama pada bulan November termasuk 122 tahanan di bawah umur," kata PPS.
Ketegangan di wilayah Palestin yang dijajah telah meningkat secara mendadak sejak Israel mengenakan sekatan ke atas umat Islam untuk memasuki Masjid al-Aqsa.
Dalam perkembangan lain, seorang lagi mangsa kekejaman Israel dilaporkan meninggal dunia.
Mangsa dikenali sebagai Mahmoud Said Ulayyan, 20, meninggal dunia akibat kecederaan dialaminya selepas bertempur dengan pasukan keselamatan Israel di Ramallah, awal bulan ini.
Kematian mangsa menyaksikan bilangan warga Palestin yang maut di tangan Israel meningkat kepada 92 orang sejak awal Oktober lalu. - Press TV

No comments:

Post a Comment