Saturday, 21 November 2015

Hari berdarah

Baitulmaqdis: Satu serangan pisau dan tembakan yang berlaku secara berasingan kelmarin menyebabkan lima terbunuh termasuk tiga warga Israel, seorang pelajar Amerika Syarikat (AS) dan seorang Palestin.
Seorang lelaki Palestin yang bersenjatakan pisau menikam dan membunuh dua warga Israel di sebuah bangunan pejabat di tengah Tel Aviv pada tengah hari kelmarin.
Seorang saksi, Shimon Vaknin berkata, dia melihat seorang mangsa dalam keadaan berlumuran darah tersungkur di dalam bilik sembahyang di bangunan itu.
Jurucakap polis, Luba Samri berkata, penyerang itu cuba melarikan diri, tetapi berjaya ditangkap oleh orang awam.
Menurutnya, penyerang dikenal pasti sebagai penduduk Palestin yang tinggal di kampung Dura berhampiran Hebron di Tebing Barat.
Beberapa jam kemudian, seorang lelaki Palestin yang memandu sebuah kereta melepaskan tembakan ke arah kenderaan yang tersangkut di kesesakan jalan raya di Gush Etzion, selatan Baitulmaqdis di Tebing Barat.
Jurucakap tentera Israel berkata, lelaki itu mahu melanggar sekumpulan pejalan kaki.
Bagaimanapun, askar berjaya menembak lelaki berkenaan.
Sehingga kini pihak berkuasa Israel tidak mendedahkan identiti dan keadaan penyerang itu.
Serangan itu menyebabkan tiga orang terbunuh termasuk seorang rakyat Israel dan seorang pelajar warga AS berusia 18 tahun, Ezra Schwartz.
Seorang lelaki Palestin turut terbunuh, tetapi polis tidak memberitahu mangsa maut akibat terkena peluru dilepaskan penyerang atau ditembak askar Yahudi.
Dua serangan berkenaan dianggap antara yang terburuk sejak bantahan penduduk Palestin tercetus pada September lalu.
Bantahan itu tercetus selepas penduduk Palestin tidak berpuas hati dengan beberapa tindakan Israel yang dianggap mereka sebagai cubaan merampas kawalan di Masjid al-Aqsa.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 November 2015 @ 5:16 AM


ORANG Palestin membantu rakan mereka yang cedera ketika tunjuk perasaan selepas majlis pengebumian lelaki Palestin Shadi Arafeh yang terbunuh dalam serangan di Hebron.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/94617#sthash.stidZX2h.dpuf

No comments:

Post a Comment