BAITULMUQADDIS – Penduduk Palestin di Tebing Barat yang berulang alik ke Israel untuk bekerja dilarang daripada menaiki bas yang sama dengan warga Israel ketika waktu pulang bermula semalam, ujar seorang pegawai Kementerian Pertahanan Tel Aviv.
“Di bawah projek perintis selama tiga bulan itu, penduduk Palestin yang bekerja di Israel perlu pulang ke rumah mereka melalui lintasan sempadan yang sama dan tanpa menaiki bas membawa penduduk Israel,” ujar pegawai tersebut kepada AFP.
Beratus-ratus penduduk Palestin melakukan perjalanan dari Tebing Barat untuk bekerja terutamanya sebagai buruh binaan di Israel pada setiap hari.
Mereka menggunakan permit perjalanan setiap kali menyeberang masuk ke wilayah rejim Zionis itu.
Menurut pegawai berkenaan, pekerjaa Palestin kini perlu menukar bas bagi mengelak menaiki kenderaan yang membawa warga Israel selepas menyeberang masuk ke Tebing Barat.
Radio awam Israel melaporkan bahawa Menteri Pertahanan Moshe Yaalon telah bersetuju dengan larangan tersebut.
Yalon berkata, larangan itu membolehkan kawalan lebih baik terhadap penduduk Palestin dan mengurangkan risiko keselamatan.
Peneroka haram Yahudi sudah bertahun-tahun menggesa supaya penduduk Palestin diharamkan daripada menaiki kenderaan awam Israel. – AFP
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0521&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz3aiyC44KL
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment