- Ramadan Muhamed Qdeih menceritakan semula detik cemas yang terpaksa dilalui ketika dipaksa dan digunakan sebagai 'perisai' kepada tentera Israel.
Taktik keji itu diceritakan oleh seorang saksi, Ramadan Muhamed Qdeih berdasarkan pengalamannya sendiri apabila ditahan, diikat dan digunakan oleh tentera Israel sebagai perisai semasa dalam pertempuran dengan mujahidin Palestin.
Pengalaman tersebut dimuatnaik melalui paparan video dan dikongsikan melalui laman web rasmi Aman Palestin di Facebook.
Menurutnya, semasa tentera Zionis menceroboh Gaza, mereka menyebarkan propaganda bahawa Hamas menggunakan orang awam sebagai perisai dalam peperangan.
“Sebelum Israel menceroboh rumah kami, kami berlindung di dalam rumah di bahagian bawah tanah,” katanya.
Ujarnya lagi, sewaktu pencerobohan berlaku, kira-kira 50 hingga 60 kanak-kanak, wanita dan orang tua berlindung di kediaman tersebut.
Mereka semua melarikan diri sebaik sahaja menyedari kehadiran tentera Israel namun separuh daripada mereka berjaya dikepung tentera Israel.
Ayahnya, Mohamed Qdeih cuba menghalang tentera Israel daripada menahan mereka dengan menuturkan bahasa Hebrew supaya lebih mudah difahami oleh tentera tersebut.
“Mereka datang dari arah pintu masuk ketika ayah saya cuba mententeramkan keadaan. Ayah mengambil satu langkah anak tangga ke atas dan berulang kali berkata ‘Kami(rakyat Palestin) tidak mahu perbalahan, kami cintakan keamanan’.
“Namun tentera Israel tidak mengendahkannya. Ayah ditembak di dada dengan dua butir peluru sebaik sahaja dia meniti anak tangga seterusnya,” katanya lagi.
Mereka yang lain kemudiannya ditahan dan digunakan sebagai perisai bagi melindungi anggota rejim dari peluru Palestin.
Katanya, semasa pertempuran berlaku, mereka diikat mata dan tangan, kemudian dibawa ke tingkap dan dipaksa berdiri sehingga lapan ke sembilan jam sementara tentera Zionis berdiri di belakang mereka sambil melepaskan tembakan ke arah tentera Palestin di luar tingkap.
Pengalaman yang diceritakan oleh Qdeih membuktikan bahawa dakwaan Israel ke atas tentera Palestin yang menggunakan rakyat negara itu bagi melindungi mereka adalah tidak benar sama sekali.
Ternyata, rejim Israel adalah pihak sebenar yang menggunakan rakyat Palestin sebagai perisai bagi melindungi diri dari ditembak.
No comments:
Post a Comment