AUGUST 11, 2014
Isnin , 11-08-2014 - “Kamu mengandung Suheila, benarkah?” tanya suami kepada isterinya dengan gembira. 25 tahun Ahmad al-Nairab, 67 dan isterinya Suheila berjumpa dengan doktor, menjalani ujian makmal sehinggalah mereka mendapat anak pertama yang memberikan kegembiraan dan keseronokan dalam keluarga.
“25 tahun, 25 tahun. Kami akan menyayangi anak ini lebih daripada kehidupan sendiri,” kata Ahmad ketika Mohammad dilahirkan. Masa berlalu dan Mohammad mula membesar dan belajar di sekolah.
Ibu kemudiannya mengandung dan bersalin anak kedua, Mahmoud dan anak yang ketiga, Mo’men.
Tiga anak itu, bersama ibu dan bapa mereka membentuk keluarga yang sempurna, bahagia dengan gelak dan tawa kehidupan. Mereka membesar dalam belaian dan kasih sayang ibu bapa mereka, dan menghargai kehidupan. Ibu bapa mereka menyayangi mereka lebih daripada segala-galanya.
Tiap tahun, keluarga itu menyambut ulang tahun kelahiran anak mereka. 13 untuk Mohammad, 10 dan 7 tahun masing-masing untuk Mahmoud dan Mo’men.
Kini, gelak tawa mereka, keluarga yang bahagia dan saling menyayangi telah hilang selamanya.
Sebuah misil Israel menghentam rumah mereka, dan menjadikan keluarga itu mayat yang hampir musnah; pada hari ke-27 serangan ke atas rumah milik rakyat Palestin di Gaza.
Sambil menunjuk ke arah kesan runtuhan rumah itu, jiran mereka bertanya, “apa salah mereka? Rumah ini tempat yang gembira, dipenuhi dengan gelak dan kegembiraan. Apa yang dilakukan Israel sangat mengejutkan, tidak dapat dibayangkan. Pembunuhan, pembersihan etnik yang melibatkan seluruh keluarga”.
Setakat 8/8/14, Kementerian Kesihatan Gaza menyebut bahawa IDF telah membunuh 432 kanak-kanak, 243 wanita, 21 orang pasukan perubatan, dan 85 orang warga tua Palestin. 2979 kanak-kanan, 1903 wanita dan 374 warga tua yang lain pula cedera.
sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : redz
penterjemah : redz
No comments:
Post a Comment