2014/08/11 - 04:04:34
Tweet
Seorang lelaki Palestin memeriksa rumahnya selepas dibedil tentera Israel di Jabaila, utara Semenanjung Gaza, semalam. - Foto AFP |
GAMBAR atas; Asap daripada kebakaran akibat serangan Israel dilihat di ruang udara Bandaraya Gaza, semalam. Gambar bawah; Seorang lelaki Palestin memeriksa sisa bangunan selepas serangan tentera Israel di Bandaraya Gaza, kelmarin. - Foto AP/AFP |
Palestin terima cadangan Mesir gencatan senjata baharu 72 jam
Bandar Raya Gaza: Penduduk Gaza terus diancam bahaya apabila tentera udara Israel melancarkan 29 bedilan, ketika Mesir mengusahakan gencatan senjata antara Israel dan Palestin.
Israel bertindak balas terhadap serangan roket Gaza dengan serangan udara, mengorbankan remaja lelaki 14 tahun dan dua lagi warga Palestin lain, kata pegawai rasmi Gaza. Seorang remaja 17 tahun mati di padang dekat rumahnya.
Sejak tamatnya gencatan 72 tahun Jumaat lalu, Gaza kembali dalam keadaan bahaya dengan tentera Israel menyerang lebih 150 sasaran dan mengorbankan 15 orang. Pejuang Palestin melancarkan 110 roket dengan 80 terkena sasaran Israel.
No comments:
Post a Comment