Monday 11 August 2014

Gencatan senjata terbaharu di Gaza bermula hari ini


2014/08/11 - 07:17:53 AM
BANDAR GAZA: Gencatan senjata terbaharu selama 72 jam di antara Israel dan Hamas bermula di Gaza hari ini bagi membuka ruang rundingan di Mesir bertujuan menamatkan konflik sebulan yang mengkibatkan pertumpahan darah.

Perjanjian gencatan senjata terbaharu itu bermula jam 00.01 am (2101 GMT Ahad) dipersetujui selepas pengantara meneruskan usaha untuk menamatkan keganasan


yang melanda sehingga menyebabkan 1,939 rakyat Palestin dan 67 warga Israel terkorban sejak 8 Julai lalu. Sebelum gencatan senjata berkenaan bermula, Hamas mendakwa ia melepaskan "beberapa" roket ke arah Israel termasuk satu ke Tel Aviv. Tiada laporan

mengenai sebarang kerosakan.

Sementara itu, Mesir menggesa Israel dan Palestin menggunakan gencatan senjata terbaharu itu bagi "mencapai gencatan senjata komprehensif dan tetap" selepas gencatan senjata tiga hari sebelum ini tidak kesampaian pada Jumaat lalu.

"Israel menerima cadangan Mesir untuk mengadakan gencatan senjata," kata pegawai Israel selepas sumber Palestin mengesahkan pihak mereka menerima cadangan berkenaan.

Ketua Hamas, Khaled Meshaal pula berkata, gencatan senjata itu mesti mengambilkira tindakan Israel supaya menghentikan sekatan di Semenanjung Gaza.
"Kami ingin tegaskan mengenai matlamat ini. Dalam hal berkaitan Israel melengah-lengahkan rundingan atau meneruskan pencerobohan, Hamas bersedia dengan kumpulan Palestin lain untuk mempertahankan kawasan dan pendirian politik," katanya. - AFP 

No comments:

Post a Comment