Monday 11 August 2014

7 tan bekalan ubat tiba di Gaza

7 tan bekalan ubat tiba di GazaBantuan kemanusiaan iringi 20 sukarelawan KP1M Kaherah: Tujuh tan bekalan ubat dan kelengkapan perubatan dari Malaysia, tiba di ibu kota Mesir semalam untuk disalurkan kepada penduduk Palestin di wilayah Gaza.

Pasukan itu masih menunggu kelulusan Mesir yang diusahakan menerusi hubungan kerajaan dengan kerajaan” Mohd Farid Hassan, Timbalan Presiden KP1M
Bantuan kemanusiaan berkenaan tiba bersama pasukan kedua 20 sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) dalam misi membantu penduduk Gaza yang menjadi mangsa serangan Israel sejak 8 Julai lalu.

Ini menjadikan keseluruhan 10 tan bekalan kemanusiaan, termasuk makanan, tiba di sini untuk disalurkan ke wilayah konflik terbabit selepas pasukan pertama misi membawa 3 tan bekalan ubat-ubatan dan makanan, Khamis lalu.

Timbalan Presiden KP1M, Datuk Mohd Farid Hassan, berkata pasukan itu masih menunggu kelulusan pihak berkuasa Mesir menerusi hubungan kerajaan dengan kerajaan.

Harap Mesir beri kelulusan

“Walaupun misi kali ini nampak sukar, tetapi kita optimis. “Kita berharap Mesir akan memberi kelulusan untuk penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza,” katanya.

Pasukan utama misi kemanusiaan yang diketuai Pengerusi KP1M, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, dijangka tiba di Kaherah, Rabu ini.

Pihak berkuasa Mesir ketika ini memberi keutamaan kepada penghantaran barangan, namun berhati-hati memberi kelulusan kepada mana-mana pihak yang mahu memasuki Gaza melalui sempadan Rafah di atas sebab keselamatan.

Sumber yang ditemui di Gaza, memaklumkan pergerakan di sempadan Rafah yang menjadi satu-satunya laluan menghubungkan wilayah itu dengan Mesir, semakin terhad selepas gencatan senjata tiga hari tajaan Mesir, di sini berakhir Jumaat lalu.

No comments:

Post a Comment