Pasukan tentera Zionis menyerbu desa Bardala di Lembah Yordan Utara , wilayah timur Tebing Barat , dan mengancam sejumlah warga di daerah tersebut untuk hengkang dan menghentikan pembangunan. Tentera Zionis memberi masa mereka hingga awal bulan Disember akan datang.
Sumber - sumber Palestin menjelaskan, kenderaan - kenderaan tentera Zionis menyerbu desa dan kemah -kemah para petani berhampiran kampung tersebut dan mengancam penduduk di perkhemahan tersebut untuk hengkang dan menghentikan pembangunan.
Sumber Palestin ini menyatakan bahawa fasilita bangunan berhampiran kampung Bardala tersebut dibina sejak puluhan tahun. Tanah yang dibina di atasnya tersebut adalah tanah milik penduduk , di samping untuk kemah , rumah- rumah tidak kekal dan digunakan untuk keperluan pertanian.
Ketua Majlis Daerah Lembah Yordan , al Maleh , dan perkampungan Badui , Arif Daraghimah dalam kenyataan pesnya menyeru para pejabat, gabenor , kerajaan serta institusi-institusi HAM dan swasta untuk menyokong warga yang terancam diusir secara haram dari tanah mereka yang dilakukan pasukan penjajah Zionis terhadap warga di sana.
Dalam konteks berkaitan , sumber - sumber media Zionis mendedahkan bahawa puluhan peneroka pendatang Zionis dari penempatan-penempatan Yahudi yang berdiri di tanah warga Palestin di Lembah Yordan di timur Tebing Barat , mulai mendirikan konplek penempatan di lokasi terbunuhnya komander pasukan cadangan Zionis bulan lalu.
Surat kabar Zionis Ma'arev , Selasa ( 19/11 ), menyatakan bahawa komplek tersebut sudah disambungkan elektrik. Para penduduk pendatang Zionis mula bekerja untuk melanjutkan rangkaian air dan saluran pembuangan air hingga ke tanah jajahan penempatan yang baru tersebut .
No comments:
Post a Comment