- Joan Rivers
Melalui kenyataan yang dibuat melalui laman Facebooknya, Rivers melahirkan rasa kesal berhubung kata-katanya yang disalahertikan oleh kumpulan wartawan yang ditemui di lapangan terbang Los Angeles semalam.
"Saya sedih dan kecewa bahawa kenyataan saya mengenai tragedi korban yang menimpa penduduk Palestin disalahertikan dari konteks sebenar.
"Apa yang saya katakan ialah perang adalah sesuatu yang sangat dahsyat dan sangat malang bagi orang awam di sana kerana telah menjadi mangsa konflik politik," katanya.
Rivers dilaporkan membuat kenyataan mengejut dengan menyifatkan rakyat Palestin di Gaza sememangnya layak diserang dan ditindas oleh rejim Zionis, semalam.
Dia yang juga seorang penulis turut menempelak dan menyifatkan kerajaan Hamas sebagai kerajaan yang dibentuk oleh pemimpin yang kurang cerdik dan juga pengganas.
Menjelaskan perkara itu, Rivers berkata, pihak media barat hanya tahu mengambil sesetengah fakta dari kata-katanya dan memutarbelitkannya.
"Media, seperti biasa, telah memutuskan untuk hanya memetik yang terbaik daripada konteks dan bukan memberikan apa yang dikatakan oleh saya.
"Seperti semua orang yang masih waras di dunia ini, saya sentiasa mendoakan keamanan untuk mereka (penduduk Gaza)," jelasnya.
Sebelum ini, dia dikatakan telah menyindir selebriti Lindsay Lohan yang telah mengalami keguguran dan 'menyerang' separuh wanita di Hollywood melalui penulisan bukunya.
No comments:
Post a Comment