- Askar rejim Zionis melancarkan operasi besar-besaran untuk mengesan tiga remaja Israel yang hilang di Tebing Barat. Gambar kecil: Mahmoud
"Kami sudah berusaha untuk mengesan mangsa," katanya pada laporan Press TV.
Difahamkan, kesemua mereka dilihat kali terakhir di bandar Hebron pada 12 Jun lalu sebelum dilaporkan hilang.
Dalam perkembangan lain, seorang penduduk Palestin maut manakala puluhan lagi cedera selepas rejim Zionis menggunakan tindakan kekerasan ketika operasi besar-besaran untuk mencari tiga remaja tersebut.
Pihak berkuasa Palestin memberitahu, Ahmad Abu Shanu ditembak ketika dalam perjalanan ke masjid di bandar Nablus.
Sementara itu, puluhan cedera termasuk seorang kritikal selepas pertempuran tercetus antara penunjuk perasaan dan tentera Israel di Ramallah, Abu Dis dan Jenin.
"Rejim Zionis turut melancarkan serangan udara dengan menyasarkan empat kawasan di selatan Gaza, namun tiada kematian dilaporkan," menurut media tempatan.
Sehingga kini, lebih 300 penduduk Palestin termasuk Ahli Parlimen dan anggota Hamas ditahan dalam operasi yang dilancarkan Israel sejak awal minggu lalu.
No comments:
Post a Comment