Tuesday, 24 June 2014

Jusuf: Kita akan buka kedutaan di Palestin


Pandeglang: Bekas Naib Presiden Indonesia yang kini menjadi regu Jokowi, Jusuf Kalla (gambar) berkata, dia akan membuka Kedutaan Indonesia di Palestin jika mendapat mandat daripada rakyat bulan depan.

Kata Jusuf, tindakan itu adalah satu daripada komitmennya membantu negara berkenaan.

Menurut Jusuf, Kedutaan Indonesia tidak sepatutnya hanya dibuka di Jordan, sebaliknya perlu ada di Ramallah.



“Langkah itu adalah penegasan Indonesia terhadap sokongan masyarakat Palestin.

“Kita tidak main-main dengan rancangan ini kerana konflik yang berlaku di situ sering menjadi masalah antarabangsa,” katanya selepas melawat pondok pengajian Fathul Ma’ani di Pandeglang, Banten, semalam.

Jusuf berkata, apa yang dipaparkan Jokowi dalam debat pusingan ketiga kelmarin sangat tepat dengan apa yang ada dalam perancangan mereka.

“Kami merancang beberapa langkah strategik berhubung dasar luar terhadap Palestin,” katanya, semalam.

- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/24

No comments:

Post a Comment