Tuesday 5 August 2014

Sidang tidak rasmi perhimpunan agung PBB esok mengenai Gaza


PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) akan mengadakan sidang tidak rasmi eosk bagi mendengar taklimat oleh pegawai kanan PBB mengenai peperangan di Gaza.

Pejabat Presiden perhimpunan, John Ashe mengumumkan bahawa badan dunia dengan 193 anggota itu akan mengadakan pertemuan sebagai memenuhi permintaan daripada negara Arab. 
Anggota PBB akan diberikan taklimat oleh ketua hak asasi manusia, Navi Pillay, ketua agensi bagi Pelarian Palestin, Pierre Krahenbuhl, timbalan ketua kemanusiaan, Kyung-wha Kang dan Penyelaras Khas bagi Proses Perdamaian Asia Barat, Robert Serry.


Majlis Keselamatan PBB itu menggesa agar diadakan gencatan senjata segera tanpa syarat demi kemanusiaan di Gaza. - AP

No comments:

Post a Comment