Tuesday 5 August 2014

Bahan mentah terjejas teruk


Setakat ini, bekalan makanan mentah paling teruk terjejas, terutama ayam kerana ia hanya boleh didapati menerusi pembekal di pintu sempadan. 
Sejak penutupan pintu sempadan, rakyat Palestin hanya bergantung kepada stok bekalan makanan yang ada dan sehingga kini, bekalan makanan terbabit sudah semakin menyusut. 

Peniaga bahan makanan mentah kebiasaannya mendapat bekalan di sempadan Mesir tidak dapat berbuat demikian kerana laluan ke lokasi itu terdedah kepada serangan udara rejim Zionis.
Foto
SEORANG wanita Palestin mengumpulkan barangan di rumahnya yang musnah dibedil Zionis di Rafah.

Pada perkiraan saya, jika perang ini berlanjutan, rakyat Palestin akan bergantung kepada bekalan makanan dibawa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) luar, namun bekalan dibawa petugas NGO terhad dan hanya mampu bertahan beberapa hari.

Kedai menjual bekalan mentah ditutup kerana tiada bekalan dan rakyat Palestin bergantung kepada bahan makanan berasaskan tepung dan roti. 


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/05

No comments:

Post a Comment