Tuesday 5 August 2014

Israel cabul gencatan senjata


GAZA/BAITULMAQDIS 4 Ogos - Selang beberapa minit selepas Israel mengumumkan gencatan senjata sebelah pihak di Gaza, hari ini tentera Israel melancarkan serangan udara ke atas sebuah kem pelarian di Gaza City menyebabkan seorang kanak-kanak Palestin terbunuh, manakala 30 lagi cedera.
Menurut saksi dan beberapa koresponden AFP di sebuah hotel berhampiran kem itu, mereka mendengar bunyi dentuman peluru berpandu yang dilancarkan dari jet pejuang F16 sebelum ia mengenai sebuah bangunan kediaman tiga tingkat yang terletak antara dua bangunan tinggi di dalam kem pelarian Shati.
Jurucakap pasukan kecemasan, Ashraf al-Qudra mengsahkan serangan itu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140805/lu_08/Israel-cabul-gencatan-senjata#ixzz39Smy3mKY
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment