Saturday, 12 July 2014

Pesawat Zionis terus bedil Gaza


Sehubungan itu, pemimpin dunia berusaha membantu kekejaman Israel masuk hari keempat semalam. 
Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama menelefon Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu untuk menyuarakan kebimbangan dan menawarkan bantuan untuk menyelesaikan krisis berkenaan. 

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-Moon dan Presiden Russia Vladimir Putin turut menggesa keganasan dihentikan ketika kadar kematian penduduk Palestin meningkat sehingga lebih 100 orang, termasuk wanita dan kanak-kanak.
Foto
KEADAAN sebuah kawasan di Rafah sejurus selepas dibom pesawat tentera Israel, semalam.

Malangnya, kedua-dua pihak seolah-olah tidak langsung menunjukkan minat untuk meredakan keadaan malah Netanyahu dilaporkan berkata, pihaknya tidak langsung memikirkan untuk mengadakan gencatan senjata.

Bekas Perdana Menteri Gaza dan pegawai paling kanan Hamas, Ismail Haniya juga tidak memberi bayangan untuk mencari jalan penyelesaian. 

“Israel yang memulakan pertempuran kali ini. Mereka yang sepatutnya menghentikan serangan. Kami sekadar mempertahankan diri,” katanya. 

Hamas turut menggesa tunjuk perasaan besar-besaran bagi membantah kekejaman Israel pada Jumaat kedua Ramadan yang menyebabkan polis Israel berada dalam keadaan berjaga-jaga untuk menghadapi sebarang kekacauan. 

Sementara itu, di Baitulmaqdis, polis mengehadkan kemasukan ke pekarangan Masjid al-Aqsa hanya untuk lelaki berusia 50 tahun ke atas. 

Pasukan perubatan Palestin melaporkan, serangan udara mengakibatkan kematian 30 penduduk di Semenanjung Gaza kelmarin manakala enam lagi terbunuh semalam menjadikan jumlah kematian secara keseluruhan lebih 100 orang. Lebih 500 lagi cedera. 

Setakat ini, tiada kematian dilaporkan di Israel, namun seorang lelaki berusia 50-an dilaporkan parah selepas sebuah roket milik Hamas terkena stesen minyak di bandar pelabuhan Ashdod di selatan negara itu, semalam. 

Tentera Israel juga berkata, seorang anggotanya parah akibat serangan yang dilakukan lewat Khamis lalu. 

Dalam tempoh semalaman, tentera Israel menembak 50 sasaran selain mengebom 21 struktur dimiliki Hamas, kata jurucakap tentera Leftenan Kolonel Peter Lerner. 

Satu daripada serangan udara menyasarkan pelabuhan Gaza menyebabkan beberapa bot terbakar termasuk sebuah kapal Palestin yang bersedia merempuh sekatan tentera laut Israel. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/12

No comments:

Post a Comment