2014/07/11
KAHERAH: Mesir hari ini mengecam Israel kerana mengakibatkan kematian orang awam di Gaza dan menggesa masyarakat antarabangsa supaya bertindak segera bagi menamatkan konflik berkenaan.
Kempen tentera udara Israel yang menyasarkan pejuang Gaza yang membedil roket mengakibatkan 95 rakyat Palestin kehilangan nyawa dan mencederakan lebih 500 orang sejak ia dilancarkan Selasa lalu.
“Mesir menolak perbuatan tidak bertanggungjawab Israel ini di kawasan pendudukan di Palestin dan menganggap ia keterlaluan termasuk penggunaan kekuatan tentera yang tidak perlu sehingga boleh mengakibatkan kematian mangsa tidak bersalah,” kata kementerian luarnya.
Kenyataan itu juga merayu kepada masyarakat antarabangsa supaya segera masuk campur bagi menamatkan keganasan itu.
“Kedua-dua pihak kena patuh kepada persetujuan untuk mengadakan gencatan senjata yang menghentikan konflik pada 2012.
“Serangan yang dilakukan itu tidak akan mewujudkan iklim sesuai...bagi rundingan masa hadapan untuk penyelesaian isu berkenaan dengan secara aman,” tambah kementerian itu.
Mesir, yang mempunyai perjanjian keamanan dengan Israel, bantu untuk mengadakan gencatan senjata antara negara Yahudi itu dengan Hamas, yang menguasai Semenanjung Gaza.
Setakat ini kerajaan baru dipilih pimpinan Presiden Abdel Fattah al-Sisi hanya bertindak dengan meminta kedua-dua pihak menghentikan keganasan. - AFP
No comments:
Post a Comment