Saturday 12 July 2014

Hamas beri amaran akan bedil lapangan terbang Ben Gurion


2014/07/11

GAZA: Sayap bersenjata Hamas memberi amaran kepada syarikat penerbangan bahawa ia berhasrat menjadikan Lapangan Terbang Anatarabangsa Ben Gurion sebagai sasaran roketnya dari Gaza dan meminta agar mereka tidak mempunyai penerbangan ke sana.

“Berikutan serangan Israel terhadap penduduk di Semenanjung Gaza...sayap bersenjata Hamas memutuskan untuk bertindak balas terhadap serangan Israel dan kami memberi amaran agar tidak terbang ke lapangan terbang Ben Gurion.

“Ia adalah salah satu sasaran kami hari ini kerana lapangan terbang itu juga mempunyai pangkalan udara tentera,” kata kenyataan Hamas.

Pergerakan itu mendakwa ia sudahpun melepaskan tembakan roket ke arah lapangan terbang berkenaan tetapi ia tidak terkena sasarannya memandangkan lapangan terbang itu dilindungi sistem pemintasan.

Jurucakap pihak berkuasa lapangan terbang berkata siren dibunyikan di Ben Gurion dan semua aktiviti dihentikan selama kira-kria 10 minit, tetapi siren itu adalah sebahagian daripada isyarat umum di Tel Aviv dan bukan ancaman terus terhadap lapangan terbang. - Reuters 

No comments:

Post a Comment