Mohd Tahir (empat, kanan) memegang poster Operasi Badar pada sidang media, semalam |
KUALA LUMPUR – Serangan rejim Zionis yang masuk hari kelima semalam menyebabkan hampir 1.5 juta penduduk wilayah itu hilang tempat bagi menyelamatkan diri dan berisiko menjadi mangsa bila-bila masa.
Pengurus pejabat Aqsa Syarif di Gaza, Ir Ahmad Thabet Al-Hafiz berkata, sehingga semalam, sebanyak 950 serangan udara membabitkan bahan letupan seberat 900 kilogram telah digugurkan ke bandar Gaza.
“Rejim Zionis menyasarkan serangan ke atas semua bangunan. Sekarang mereka sudah meranapkan hampir 140 rumah, hospital, sekolah dan empat masjid. Jumlah itu dijangka meningkat memandangkan serangan yang masih belum reda.
“Malah tempat tinggal sekretariat dan media luar negara turut menjadi sasaran roket,” katanya dalam temu bual video secara langsung dari Gaza bersama media Malaysia, semalam.
Menurutnya, hingga semalam, 91 maut, 661 cedera kebanyakannya wanita dan kanak-kanak dalam hari kelima serangan rejim itu.
“Penduduk juga terpaksa berlindung di dalam rumah bagi mengelak jadi mangsa. Walaupun berlindung di dalam rumah, mereka tetap tidak selamat.
"Apabila Israel melancarkan serangan ke sebuah rumah, maka rumah lain di sekitarnya juga turut akan musnah berikutan jarak rumah adalah berdekatan,” katanya.
Menurutnya, usaha menghulurkan bantuan juga menjadi begitu sukar berikutan tempat penyediaan bantuan di pejabat Aqsa Syarif di Gaza turut menjadi sasaran Israel.
Dalam pada itu, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Al-Aqsa Syarif, Dr Mohd Tahir Abdul Rahman berkata, pihaknya menyasarkan kutipan derma sehingga RM6 juta dalam misi Ramadan Emergency Relief (Badr Operation) bagi menyediakan pelbagai barang keperluan seperti makanan, pakaian dan perubatan ke Gaza.
“Saya menyeru kepada seluruh anggota masyarakat yang bersimpati terhadap nasib mangsa peperangan di Gaza supaya tampil menghulur bantuan bagi meringankan penderitaan penduduk Palestin,” katanya.
Mana-mana pihak dan individu yang ingin tampil menghulur bantuan boleh memberikan bantuan secara berpakej ke akaun Maybank Islamic bernombor 551575-004299 atau akaun Bank Islam 1209-20100-34904.
Sementara itu, Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM) menggesa masyarakat antarabangsa beri tekanan kepada kerajaan Israel bagi menamatkan serangan baharu ke atas rakyat Palestin.
PCOM dalam satu kenyataan berkata, sudah tiba masanya masyarakat antarabangsa mendakwa pemimpin Israel kerana jenayah perang mereka.
“Kami percaya kerajaan Israel melancarkan serangan ini dengan mengeksploitasi tempoh bertenang dalam keadaan serantau untuk melarikan diri daripada krisis politik dalaman serta untuk menggagalkan perdamaian Palestin yang dicapai baru-baru ini,” menurut kenyataan itu.

No comments:
Post a Comment