Saturday 12 July 2014

Malaysia hantar 50 doktor pakar ke Gaza


12/07/2014 8:19pm

MELAKA - Malaysia akan menghantar dalam masa terdekat seramai 50 doktor pakar bagi ’Misi Bantuan Kemanusiaan ke-4 ke Gaza’.
Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim berkata, langkah itu untuk memberi bantuan perubatan kepada rakyat Palestin yang menjadi mangsa serangan udara tentera Israel di Semenanjung Gaza.
Beliau berkata keputusan itu dinyatakan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak setelah diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu semalam.
"Saya dimaklumkan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah di Gaza ratusan mangsa cedera dalam serangan itu dan lebih 100 telah meninggal...setiap lima minit berlaku serangan udara dengan lebih 1,500 bedilan.
"Oleh itu sukarelawan terdiri daripada doktor pakar dalam pelbagai bidang termasuk pakar kanak-kanak, ortopedik, dan sakit puan amat diperlukan bagi merawat mangsa serangan udara yang rata-ratanya adalah kanak-kanak, warga emas dan wanita,” katanya. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0712&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_16.htm#ixzz37Ge8g2hf 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment