Media Israel melaporkan kira-kira 30,000 orang menyertai demonstrasi itu, semalam yang diadakan di bawah tema “Israel mahukan perubahan’’.
Mereka turut melaungkan slogan “Bibi, anda gagal, baliklah rumah’’ merujuk kepada nama panggilan Netanyahu.
Bekas ketua agensi risikan Israel, Mossad, Meir Dagan ketika berucap pada demonstrasi itu berkata, Netanyahu merupakan orang yang menimbulkan kerosakan strategik terbesar kepada Israel.
Tinjauan pendapat menunjukkan Netanyahu yang memimpin Parti Likud menghadapi saingan sengit daripada parti Kesatuan Zionis pimpinan Isaac Herzoq yang mempunyai kaitan dengan Parti Buruh.
Netanyahu yang ingin mempertahankan jawatannya buat penggal keempat, dilihat mempunyai sedikit kelebihan kerana mempunyai banyak sekutu untuk membentuk kerajaan perikatan.
Perdana Menteri itu memberi fokus kempennya terhadap isu keselamatan dan program nuklear Iran.