Lebih 40,000 penunjuk perasaan anti-Netanyahu menyertai perhimpunan di Dataran Rabin di Tel Aviv. |
Media tempatan melaporkan, lebih 40,000 penunjuk perasaan berhimpun di Dataran Rabin di Tel Aviv sambil melaungkan slogan mengutuk dasar pemimpin itu yang menghasut peperangan selain menuntut perubahan dalam kerajaan.
Menurut Press TV, Bekas Ketua Agensi Risikan Mossad, Meir Dagan turut mengecam Netanyahu ketika beliau berucap di hadapan puluhan ribu penentang kerajaan tersebut.
"Kita mempunyai pemimpin yang hanya berjuang untuk kepentingan politiknya sendiri.
"Netanyahu tidak membawa sebarang pembaharuan atau mewujudkan masa depan lebih baik sepanjang tempoh enam tahun beliau bergelar perdana menteri," tegasnya.
Sementara itu, salah seorang penganjur protes itu memberitahu, perhimpunan mega tersebut diadakan kerana kebanyakan penduduk sudah bosan dengan sikap putar belit Netanyahu yang sengaja mencetuskan ketegangan di rantau terbabit.
Menurutnya, rejim Tel Aviv jelas gagal menangani isu berkaitan ekonomi dan sosial serta situasi keselamatan juga semakin merosot.
Difahamkan, perhimpunan besar-besaran itu diadakan beberapa hari selepas Netanyahu menyampaikan ucapan berbaur provokasi berhubung perjanjian program nuklear Iran di Kongres Amerika Syarikat.
No comments:
Post a Comment