Sunday 27 July 2014

100 mayat dikeluarkan daripada runtuhan


Mayat seorang bayi dikeluarkan daripada runtuhan bangunan di Khan Younis, selatan Genting Gaza, semalam. - REUTERS
GAZA CITY 26 Julai - Sekurang-kurangnya 100 mayat penduduk Palestin berjaya dikeluarkan daripada runtuhan bangunan dan kediaman di seluruh Genting Gaza ketika gencatan senjata selama 12 jam dikuatkuasakan, semalam.
Jurucakap perkhidmatan kecemasan, Ashraf al-Qudra berkata, mayat-mayat tersebut telah dibawa ke hospital-hospital di utara, tengah dan selatan Genting Gaza.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 25 mayat yang dijumpai di bahagian utara di Beit Hanun dan Beit Lahiya, dibawa ke Hospital Kamal Adwan, sementara 25 lagi mayat yang ditemukan di Shejaiya dan Zaitun dibawa ke Hospital Shifa di Gaza City.
Sebanyak 13 mayat yang dijumpai di bahagian tengah Gaza iaitu di Bureij, Deir al-Balah dan Nusseirat dibawa ke Hospital al-Aqsa, manakala 13 lagi mayat yang dijumpai di Khan Younis dan Rafah di selatan Gaza, dihantar ke hospital kelolaan Eropah.
Bagaimanapun, jumlah angka korban dijangka meningkat kerana usaha mengeluarkan mayat sedang giat dijalankan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140727/lu_06/100-mayat-dikeluarkan-daripada-runtuhan#ixzz38cODECV5
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment