GAZA - Angka korban akibat serangan ganas Israel di Gaza meningkat kepada lebih 1,000 orang selepas pasukan penyelamat mengeluarkan lebih banyak mayat daripada sisa runtuhan bangunan di seluruh wilayah berkenaan semalam.
Gencatan senjata selama 12 jam yang bermula semalam membolehkan pasukan penyelamat mencari mayat mangsa yang tertimbus di dalam sisa runtuhan bangunan yang menjadi bedilan tentera Yahudi sejak beberapa minggu lalu.
Seorang jurucakap pasukan kecemasan, Ashraf al-Qudra berkata, pihaknya menjumpai lebih 100 mayat yang tertimbus dalam sisa runtuhan menjadikan jumlah mangsa yang terkorban meningkat kepada lebih 1,000 orang.
Katanya, mayat-mayat itu dijumpai tiga jam selepas gencatan senjata kemanusiaan berkuat kuasa pada pukul 8 pagi waktu Gaza.
Menurutnya, sebanyak 13 mayat dijumpai di Shejaiya di barat Gaza, 13 lagi di Deir al-Balah dan Nusseirat serta sembilan di utara. - AFP
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0727&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz38cXPfGJV
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment