Sunday 27 July 2014

8 termasuk 4 kanak-kanak maut dibedil bom Israel


GAZA CITY 26 Julai - Sebanyak lapan penduduk Palestin termasuk empat kanak-kanak terbunuh dalam satu serangan udara Israel di bandar Khan Yunis, selatan bandar ini, hari ini.
Jurucakap perkhidmatan kecemasan Palestin berkata, kira-kira 20 penduduk lain cedera dalam serangan itu beberapa jam sebelum penguatkuasaan gencatan senjata selama 12 jam di Gaza.
Angka korban terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan rakyat Palestin yang maut sejak konflik antara Hamas dengan Israel menjadi 879 orang. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140726/lu_11/8-termasuk-4-kanak-kanak-maut-dibedil-bom-Israel#ixzz38cPMU9tq
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment