Saturday, 7 May 2016

Pejuang Palestin lancar serangan ke arah Israel

Baitulmaqdis: Pejuang Palestin di Semenanjung Gaza melancarkan serangan meriam terbaru ke arah Israel semalam, pada hari ketiga berturut-turut yang melihat pertempuran antara dua pihak berkenaan.
Tentera Israel berkata dalam satu kenyataan: “Serangan meriam sekali lagi dilepaskan terhadap pihak kami di sempadan Gaza. Tiada kecederaan dilaporkan.”
Jurucakap tentera berkata, Israel tidak membalas serangan itu.
Kelmarin, kereta kebal Israel melepaskan tembakan yang membunuh seorang wanita Palestin di rumahnya dalam pertempuran paling teruk antara tentera dengan Hamas sejak perang 2014.
Zeina Al-Amour, 54, maut dalam serangan lewat Khamis itu di Khan Yunis. Seorang pemuda berusia 21 tahun juga cedera dalam kejadian itu.
Sejak pertempuran tercetus pada Rabu, Hamas dan kumpulan pejuang lain melepaskan sekurang-kurangnya 10 tembakan meriam ke arah Israel yang dibalas dengan tiga serangan udara ke Gaza.
Kereta kebal Israel di sempadan juga melepaskan tembakan secara berterusan terhadap apa didakwanya sasaran Hamas.
Pertempuran beberapa hari lalu itu dibimbangi mengancam gencatan senjata antara Israel serta Hamas yang berkuat kuasa sejak perang 50 hari pada 2014 mengakibatkan lebih 2,251 orang Palestin dan 73 Israel terkorban.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Mei 2016 @ 5:04 AM


AHLI keluarga Zeina meratap kematiannya.

No comments:

Post a Comment