Sunday 13 July 2014

Ketua Polis Gaza antara 15 maut dibom Israel


Ketua Polis Gaza antara 15 maut dibom Israel
Israel menyerang sebuah masjid pada Sabtu di saat jumlah kematian kini melebihi 120 orang. -foto AP
GAZA: Serangan udara Israel di rumah Ketua Polis Gaza mengakibatkan Ketua Polis, Tayseer Al-Batsh maut dan turut mengorbankan 15 rakyat Palestin yang lain.

Menurut laporan Reuters, kebanyakan yang mati merupakan dari kalangan ahli keluarganya sendiri.

Serangan itu menyusul tidak lama selepas Briged al-Qassam, melepaskan beberapa roket di bandar-bandar Israel di Tel Aviv dan Bat Yam. Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Dalam pada itu, tentera Israel meminta rakyat Palestin untuk mengosongkan kawasan utara Gaza sebagai langkah keselamatan.

Ia susulan selepas serangan Israel yang mengorbankan lebih 135 rakyat Palestin, kebanyakannya orang awam masuk hari keenam pada Ahad.

Menurut laporan AFP, tiga roket berjaya dipintas sistem pertahanan peluru berpandu Israel, Iron Dome.

"Tiga roket dipintas di atas kawasan metropolitan Tel Aviv. Satu lagi roket diserang di kawasan terbuka berhampiran Rishon LeTzion," kata tentera Israel selepas siren dan letupan kedengaran di kawasan berkenaan.

Sementara itu, kumpulan Jihad Palestin Islam, Briged al-Quds berkata, pertempuran meletus dengan Israel dalam misi untuk mara ke Gaza.

Bagaimanapun, kumpulan itu menyifatkan serangan itu tidak menguntungkan mereka.

Dalam pada itu, Komander tentera Israel, Gantz berkata tenteranya bersedia untuk bertindak dan menghantar kereta kebal serta tentera darat seperti yang dilakukan dalam masa dua minggu pada awal 2009.

"Kami di tengah-tengah perjuangan serangan dan bersedia untuk mengembangkannya sebanyak mana yang diperlukan, ke mana sahaja diperlukan, dengan apa sahaja kuasa akan diperlukan dan selama yang diperlukan," kata Gantz.

Menurut tentera, setengah daripada 20,000 pasukan simpanan telah pun digerakkan.

Pada Jumaat Briged al-Qassam mengancam  untuk melancarkan roket ke lapangan terbang antarabangsa Tel Aviv, selain memberi amaran kepada syarikat penerbangan untuk tidak membuat penerbangan ke pintu masuk utama Israel.

Terdahulu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, Israel telah melakukan serangan ke lebih daripada 1,000 sasaran dalam tempoh empat hari pertama serangan, selain memaklumkan masih banyak lagi lokasi untuk diserang.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan memperluaskan serangan udara dan menimbang semua kemungkinan selain bersedia untuk segala kemungkinan.

Seorang pemuda Palestin dilaporkan dibakar hidup-hidup di Jerusalem disyaki misi membalas dendam oleh Israel.

"Pengganas di Gaza membuat kesilapan dengan menyerang orang Israel. Mereka membawa bencana kepada diri mereka sendiri," kata Ketua Pasukan Tentera Israel, Benny Gantz dalam satu kenyataan yang dimuatnaik di laman Twitter pada Jumaat.

Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Gohttp://onthego.astro.com.my

No comments:

Post a Comment