Sunday 13 July 2014

Gaza: Hospital kehabisan ubat-ubatan


HARAKAHDAILY | .

GAZA: Perkhidmatan perubatan di bandar Gaza dalam keadaan kritikal ekoran peningkatan jumlah mangsa serangan tentera zionis Israel yang masuk hari keenam hari ini.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam satu kenyataan berkata, Kementerian Kesihatan Palestin dan hospial mungkin tidak mampu lagi menerima pesakit kerana kekurangan bekalan ubat-ubaan pada tahap kritikal.

Mereka juga turut menghadapi kekurangan bekalan bahan api untuk meneruskan operasi hospital.

WHO berkata sebuah hospital dan tiga klinik di kem pelarian juga telah rosak.

"Kami membuat rayuan segera bagi mendapatkan 40 juta USD untuk menyokong Kementerian Kesihatan dalam menyediakan bekalan penting untuk hospital yang mencukupi selama enam bulan," kata Pengarah Serantau WHO bagi Mediterranean Timur, Dr Ala Alwan, .

Sementara itu, Ketua Kecemasan Hospital al-Shifa, Dr Ayman al-Sahbani, memaklumkan mereka menghadapi kekurangan peralatan hospital dan perubatan, sambil menambah doktor hampir tidak berehat dan tidak dapat pulang ke rumah ekoran jumlah mangsa yang cedera terus meningkat.

Serangan juga kata Ayman turut menjejaskan gaji para doktor ketika ini dan menyukarkan urusan mereka.

"Saya tidak mempunyai petrol untuk kereta saya sendiri dan oleh itu datang ke hospital dengan berjalan kaki," katanya.

Sehingga kini 135 orang rata-rata orang awam Palastin termasuk wanita dan kanak-kanak maut dibedil roket zionis Israel, manakala hampir 1000 lagi cedera. - HARAKAHDAILY 13/7/2014

No comments:

Post a Comment