Mutfti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad Albakri |
SERDANG - [VIDEO] Umat Islam seharusnya menghulur bantuan kemanusiaan berterusan kepada mangsa peperangan di Gaza sebagai tanda sokongan.
Mutfti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad Albakri berkata, umat Islam seharusnya memberikan bantuan makanan, pakaian dan ubat-ubatan kepada penduduk Palestin yang semakin dihimpit penderitaan dari sehari ke sehari.
"Pergolakan di Gaza ini adalah suatu kemalangan bagi umat Islam dan saya menganggap bahawa ia merupakan satu musibah yang dilalui penduduk Palestin," katanya kepada pemberita.
Kata beliau lagi, tragedi yang menimpa penduduk Palestin di Gaza boleh disifatkan sebagai suatu musibah dan ujian yang diduga oleh ALLAH.
"Ayuh kita bersatu, bersama-sama mengangkat tangan dan bermunajat kepada ALLAH supaya dugaan ke atas mereka dapat diringankan.
"Kepada yang mempunyai kelebihan dari sudut kewangan, bolehlah menghulur bantuan dan sumbangan kepada agensi-agensi serta NGO yang melaksanakan tugas sebaik mungkin supaya bantuan sampai kepada mereka(mangsa peperangan)," katanya lagi.
Beliau dalam pada itu turut mengambil kesempatan mengucapkan ribuan penghargaan kepada sahabat yang banyak memberikan bantuan dalam menyokong inspirasi kebebasan yang sepatutnya dimiliki Palestin supaya rakyat Palestin dapat menjalani kehidupan dengan aman dan damai.
"Dalam sebuah dalil, ALLAH ada menyatakan, DIA sentiasa membantu hamba-NYA tatkala seorang umat menolong saudaranya. Justeru, tatkala kita masih ada kelapangan dari segi kewangan, kita hulurkan bantuan kepada yang memerlukan, Insya-ALLAH, ALLAH SWT akan lapangkan kehidupan kita bukan sekadar di dunia malah turut di akhirat kelak," jelasnya.

No comments:
Post a Comment