Sunday, 13 July 2014

52 lagi rakyat Palestin dibunuh Israel, menjadikan keseluruhan 157 orang


2014/07/13

BANDARAYA GAZA: Serangan udara Israel terhadap Gaza membunuh 52 orang semalam, termasuk dua wanita orang kurang upaya di sebuah pusat pemulihan, menurut pegawai perubatan.

Angka korban itu menjadikan Sabtu hari paling ramai rakyat Palestin terbunuh dalam serangan sejak lima hari itu, sekali gus meningkatkan bilangan yang terkorban kepada 157 orang.

Serangan terburuk berlaku di daerah Tuffah di timur Bandaraya Gaza di mana 18 orang terbunuh dalam serangan ke atas sebuah rumah dan masjid.

Kelmarin, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan 77 peratus daripada mereka yang terbunuh dalam serangan israel itu adalah orang awam. - AFP

No comments:

Post a Comment