RAJA ABDULLAH |
MAKKAH - ARAB SAUDI. Seramai 1,000 rakyat Palestin, yang anggota keluarga mereka terkorban dalam serangan terbaharu Israel ke atas Gaza, akan menunaikan haji dengan penajaan Raja Arab Saudi, Raja Abdullahm selaku Penjaga Dua Masjid Suci.
Arab News, menerusi www.arabnews.com, melaporkan dengan penajaan terbaharu itu, Raja Abdullah secara peribadi telah menaja 12,000 orang rakyat Palestin, yang anggota keluarga mereka sama ada telah meninggal dunia atau dipenjarakan, untuk mengerjakan haji.
Ia memetik Menteri Hal Ehwal Islam, Wakaf, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi, Saleh Al-Asheikh, sebagai berkata bahawa kementerian itu merangka program khas untuk menaja jemaah Palestin dan membantu mereka menunaikan ibadah haji dengan selesa.
Sementara itu, dua lagi penerbangan sewa khas Tabung Haji iaitu Penerbangan KT30 dan Penerbangan KT31 dijangka mendarat di Lapangan Terbang Putera Mohammed bin Abdulaziz di Madinah pada 2.35 petang waktu tempatan (7.35 malam waktu Malaysia) dan 10.35 malam waktu tempatan (2.35 pagi Selasa waktu Malaysia).
Penerbangan KT30 yang membawa 278 jemaah haji berlepas dari Terengganu pada 10.55 pagi dan Penerbangan KT31 membawa 273 jemaah haji berlepas dari Pulau Pinang pada 7.05 malam.
Dengan dua penerbangan itu, jumlah jemaah haji Malaysia yang tiba di Tanah Suci setakat ini ialah 10,166 orang termasuk 4,213 orang yang berada di Makkah. - Bernama

No comments:
Post a Comment