GAZA 9 Sept - Pergerakan Islam Hamas semalam menuduh Presiden Palestin, Mahmud Abbas cuba untuk mensabotaj perjanjian damai di Palestin selepas dia menuduh pihak Hamas menggerakkan sebuah kerajaan bayangan di Gaza.
Ketika Hamas diserang hebat oleh Israel, Abbas pada Sabtu lalu mengancam untuk memutuskan perjanjian perpaduan melibatkan kumpulan yang sepatutnya mentadbir Semenanjung Gaza.
Namun kata-kata Abbas itu mencetuskan kemarahan dari Hamas melalui jurucakapnya, Fawzi Barhum yang menuduh Abbas cuba memusnahkan perdamaian dan menjadi rakan sekutu Amerika Syarikat dan Israel. - Agensi
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140909/lu_01/Abbas-dikatakan-cuba-sabotaj-usaha-damai#ixzz3Cle8Bcxh
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment