Tuesday 22 July 2014

Korban cecah 508

Korban cecah 508
Penduduk Palestin menyempurnakan solat jenazah lima sekeluarga yang terbunuh akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza. 
Bandar Raya Gaza: Angka korban di kalangan penduduk Palestin berikutan keganasan tentera Israel di Semenanjung Gaza mencecah 508 semalam, kata pegawai kesihatan Gaza ketika kedua-dua pihak mengira jumlah kematian berikutan hari pertempuran paling besar setakat ini dalam tempoh dua minggu.

Sementara itu usaha diplomatik untuk menganjurkan gencatan senjata semakin giat dijalankan tatkala jumlah kematian terus meningkat.

Di New York, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melahirkan ‘kebimbangan serius’ mengenai jumlah korban tinggi di kalangan penduduk awam di Gaza, dan selepas sidang tergempar mendesak pertempuran ditamatkan segera.

Desak gencatan senjata

Setiausaha Agung PBB, Ban Kimoon, meneruskan desakan diadakan gencatan senjata dalam lawatan ke wilayah berkenaan, dan dijangka berada di Kaherah lewat semalam. Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry, juga menuju ke rantau berkenaan minggu ini untuk meningkatkan usaha mencapai perjanjian gencatan senjata. 

No comments:

Post a Comment