Mayat bergelimpangan. Suasana hiruk-piruk dengan kanak-kanak bertempiaran lari dengan hanya berkaki ayam manakala ibu pula menggendong anak kecil mereka dengan wajah penuh ketakutan.
Itulah keadaan terkini yang saya saksikan di kawasan tempat tinggal saya di Shijaiyyah apabila dihujani bedilan peluru tentera Israel, malam kelmarin.
Shijaiyyah yang terletak di timur Gaza dan kurang satu kilometer dari Israel adalah antara kawasan yang paling buruk terjejas sejak siri serangan dilancarkan rejim Zionis kira-kira dua minggu lalu dan hingga mengorbankan lebih 500 rakyat Palestin.
Di sekeliling bangunan lima tingkat tempat saya tinggal setiap minit akan bergema dentuman peluru roket pesawat F16 atau tembakan rambang oleh kereta kebal Israel.
Keadaan itu berterusan dalam tempoh 24 jam sejak tiga hari lalu.
Akibatnya, hampir setiap rumah dan bangunan di Shijaiyyah musnah menyembah bumi.
Untuk makluman, tentera Israel tidak langsung memasuki Gaza, mereka hanya melepaskan tembakan dari sempadan.
Setahu saya, peluru yang disasarkan kepada kami dilepaskan pasukan kereta kebal Israel yang berkampung kira-kira enam kilometer dari Shijaiyyah.
Setahu saya, peluru yang disasarkan kepada kami dilepaskan pasukan kereta kebal Israel yang berkampung kira-kira enam kilometer dari Shijaiyyah.
Ketika ini serangan masih tidak nampak penghujungnya, menyebabkan ribuan ratusan penduduk mula ‘berhijrah’ meninggalkan rumah masing-masing.
Dalam kekecohan kelmarin, seorang jiran menjerit mengarahkan saya supaya segera turun dari rumah namun saya nekad untuk terus berada di dalam rumah.
Saya mengambil pendirian itu sebagaimana dilakukan sebahagian penduduk Palestin yang lebih rela syahid dibom tentera Israel daripada meninggalkan rumah.
Selebihnya, saya hanya bertawakal kepada Allah SWT.
PENDUDUK mengusung jenazah individu yang terkorban akibat bedilan peluru tentera Israel.
Perasaan takut saya sudah hilang dan diganti dengan rasa marah meluap-luap.
Mana tidaknya, pelbagai bukti kekejaman Israel saya saksikan sendiri.
Jadi, apa nasib diri saya kini sudah menjadi soal nombor dua.
Apa pun, hanya satu kebimbangan saya.
Saya tak mahu saya menyusahkan atau menjadi bebanan kepada rakyat Gaza jika ditakdirkan saya cedera akibat ditembak.
Saya tak mahu saya menyusahkan atau menjadi bebanan kepada rakyat Gaza jika ditakdirkan saya cedera akibat ditembak.
Sebenarnya, saya memilih untuk terus berada di sini semata-mata kerana mahu membantu penduduk Gaza.
Saya mahu menjadi perantara dengan menyampaikan sumbangan daripada anda kepada mereka.
Saya mahu menjadi perantara dengan menyampaikan sumbangan daripada anda kepada mereka.
Saya akui, sumbangan yang saya terima sehingga kini tidaklah banyak.
Pada pengalaman saya, sumbangan akan mencurah-curah sekiranya ada peristiwa besar berlaku.
Pada pengalaman saya, sumbangan akan mencurah-curah sekiranya ada peristiwa besar berlaku.
Jadi, jika sumbangan seluruh rakyat Malaysia hanya bergantung kepada peristiwa besar itu, saya sanggup ‘mati’ semata-mata untuk membuka mata seluruh rakyat Malaysia.
Anak-anak kecil dan seluruh isi di Gaza memerlukan bantuan kita.
Jadi, saya merayu seluruh rakyat Malaysia supaya tidak ragu-ragu untuk meneruskan sumbangan dan mengambil keberkatan bulan Ramadan ini untuk bersedekah.
Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh berbuat demikian menerusi akaun CIMB 7600809829 (Salamah Ahmad Shah).

Di kesempatan ini, saya juga meminta seluruh rakyat Malaysia menghadiahkan surah al-fatihah kepada arwah datuk, Yassin Zaini yang kembali ke rahmatullah semalam.
Saya sedih kerana tidak dapat pulang namun doa saya sentiasa bersamanya dan seluruh keluarga yang lain.
Al-Fatihah.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/22Saya sedih kerana tidak dapat pulang namun doa saya sentiasa bersamanya dan seluruh keluarga yang lain.
Al-Fatihah.
No comments:
Post a Comment